Perut Punca Segala Penyakit


    Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Hari ini saya nk kongsi sikit tentang cara yang simple untuk menghindari diri kita dari sebarang penyakit...anda semua mungkin sudah mengetahui dan ada juga yang belum mengetahui bahawa punca segala penyakit  bermula dari perut....  sepertimana sabda Rasulullah  S.A.W maksudnya: "Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan." (Riwayat ad-Dailami) 
Di sini saya ingin kongsikan 6 punca penyebab penyakit dari perut...
1.       Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.

2.       Terlalu berlebihan semasa makan. 

3.       Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga. 

Sabda Rasululluh s. a. w, maksudnya: "Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandung penyakit." (Riwayat Abu Hurairah) 

4.       Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya. 

5.        Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri. 



Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Bersiwaklah (menggosok gigilah) kamu semua, sebab bersiwaak (menggosok gigi) itu adalah membersihkan mulut dan Allah redha kepadanya. Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia selalu berpesan untuk bersiwak 
(menggosok gigi)." (Riwayat Ibnu Majah) 

6.       Kebiasaan memakan ubat tanpa nasihat doktor. 

jadi, hayatilah apa yang telah disenaraikan di atas dan sama-sama lah kite menjaga kesihatan diri kite agar kite sentiasa bersyukur dengan pemberian allah ini..