DOSA BERHUTANG



Berhutang itu bukanlah amalan yang sihat untuk diteruskan jika kita tidak mempunyai sebarang rancangan yang konkrit untuk menyelesaikannya.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya” ( Hadith riwayat Al-Bukhari, 2/83 )
Juga Baginda saw pernah bersabda yang bermaksud: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah? ; Baginda menjawab : ” Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari.” ( Hadith riwayat Al-Bukhari, 1/214)
Bagaimanakah bebanan hutang boleh kita atasi ?
  1. Rancang kewangan peribadi dan keluarga dengan sebaik mungkin.
  2. Elak berbelanja dengan perbelanjaan yang melebihi pendapatan.
  3. Hindari berhutang melainkan sekiranya terpaksa.
  4. Buat perancangan pembayaran sekiranya terpaksa berhutang.
  5. Libatkan saksi dalam proses peminjaman.
  6. Pelajari dan berusaha dengan kaedah mendapatkan pendapatan sampingan.
  7. Hidup bersederhana dan jangan ikut masyarakat sekeliling.
  8. Lazimkan berdoa agar dijauhi bebanan hutang.

“Ya Allah aku berlindung dari kesusahan dan kedukaan, dari lemah kemahuan dan rasa malas, dari sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu dari bebanan hutang dan kezaliman manusia.”
Jom, rancang kewangan agar bahagia dunia akhirat.

Dia Dari Spesis Istimewa




Rasulullah saw telah bersabda : “Barangsiapa yang solat Isyak berjemaah maka seakan-akan dia telah solat separuh daripada malam. Dan barang siapa solat Subuh berjemaah maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat di sepanjang malam penuh” (HR Muslim).
Namun, projek membina generasi insan kini yang menitik-beratkan solat subuh secara berjamaah seolah-olah merupakan satu perjuangan yang sukar lagi panjang.
Pemuda yang bersolat subuh secara berjamaah sebenarnya adalah pemuda daripada spesis yang istimewa dan aset yang amat berharga buat umat Islam.


Wahai puteri Muslimah, sekiranya anda dilamar…pastikan dia seorang yang menjaga solatnya, lebih baik kalau dia kerap mengerjakan solat secara berjamaah dan adalah lebih istimewa sekiranya dia sentiasa kekal dengan solat subuh secara berjamaah.

CALVARY CHURCH, GEREJA TERBESAR DI MALAYSIA DAN ASIA!







Calvary Church 6 tingkat ini bakal menjadi kompleks gereja yang terbesar di Asia dan kini di dalam proses pembinaannya di Bukit Jalil.
Pada tahun 1972 dulunya, Keahliannya CC hanyalah seramai 120 orang tetapi kini telah menjangkau 7000+ di atas usaha gigih mereka.
Dengan motto ‘PREACH’ yang diimani dan dilaksanakan, maka hasilnya semakin terserlah ke hari ini.



  • P-Preach the Gospel to ALL nations
  • R-Research and publish materials on church leadership and missiology
  • E-Encourage and train pastors, leaders and missionaries
  • A-Assist churches in developing their missions program
  • C-Conduct evangelistic rallies, missions and church growth conferences
  • H-Help coordinate relief projects for humanitarian needs globally


Sudah menjadi sunnah alam bahawa hasil dan kejayaan hanya akan datang dengan usaha dan pengorbanan. Maka perkembangan ini tidaklah begitu mengejutkan sangat.
Jangan tuding jari kepada mereka yang lain dengan berlakunya banyak kebocoran, keciciran dan kemurtadan di kalangan umat Islam tetapi tanyakanlah kepada diri kita sendiri tentang sumbangan kita kepada Islam yang diimani ini.
Toleransi agama bukan bererti bahawa semua agama itu sama tarafnya (pluraisme agama) dan ancaman agenda kristianisasi global harus ditangani secara teliti bersama-sama.
Mengkritik dan menyalak kepada orang luar tidak lain dan tidak bukan, hanyalah semakin melondehkan kelemahan diri umat Islam sendiri.
Para pemimpin samada dari BN & PR, para alim-ulama, pemimpin NGO dan umat Islam yang prihatin dengan harga aqidah umatnya mesti terus bekerja bersungguh-sungguh untuk mempastikan agenda Islam terus diperjuangkan.

10 Surah dapat Menghalang 10 Ujian Besar Allah








1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.


2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.