NABI HARAMKAN CABUT BULU DI MUKA UNTUK CANTIK


Daripada Abdullah bin Masud, daripada Rasulullah SAW bersabda yang 
 bermaksud:  Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening
 atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang
 lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), 
wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah. 
(riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud)

Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu 
di muka dengan alat pencabut.
Perkara ini membabitkan satu riwayat tabf
 berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari,
 bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin,
 puteri Rasulullah saw.Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita.

Beliau lalu bertanya kepada Aisyah mengenai hukum 
seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya
 untuk tujuan menambat hati suaminya.
Aisyah menjawab: “Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu.”
Hadis kedua diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan
 bahawa Rasulullah saw bersabda:”Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening 
atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur
 atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah),
wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik.

Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah.
”Mengenai hadis pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa 
jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa erti bahawa wanita boleh bersolek untuk suami, 
boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat,
 jeragat dan bintik-bintik.
Namun demikian, beliau tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu di muka,
 termasuklah bulu kening untuk membentuk alis mata yang cantik


HIDUP BIAR BERJASA, MATI BIAR MULIA


Pernahkah anda mendengar nama Adnan Menderes? Adnan Menderes adalah anak kepada seorang tuan tanah di Aydin,Turki yang telah dilahirkan pada 1891 di penghujung era Daulah Uthmaniyah. Beliau adalah seorang graduan di bidang perundangan daripada Law School of Ankara University.

Dengan bakat kepimpinannya yang tinggi, beliau telah dibawa masuk ke dalam Republican People’s Party (RPP) oleh pemimpin utamanya Mustafa Kamal Atatürk pada tahun 1935. RPP yang merupakan parti kerajaan pemerintah adalah satu-satunya parti yang legal di Turki pada ketika itu.

Namun begitu Adnan Menderes telah disingkirkan daripada RPP pada tahun 1945 kerana sikap tegasnya yang menentang polisi Atatürk. Beliau kemudiannya menubuhkan Democrat Party (DP) bersama rakan-rakannya setelah Turki memperkenalkan sistem berpolitik yang lebih terbuka dengan kepelbagaian parti politik yang berdaftar.


Adnan Mendeles, PM Turki 1950-1960


Democrat Party menang pada PRU terbuka pada tahun 1950 dan Adnan Menderes telah dilantik menjadi PM selama 10 tahun dengan membawa banyak kemajuan kepada Turki. Kesungguhannya untuk mengembalikan Turki kepada sistem yang lebih Islamik telah dibuktikan apabila beliau berjaya membawa banyak perubahan yang positif.

Azan kembali dilaungkan dalam bahasa Arab

Di antaranya ialah:

1) Azan kembali dilaungkan dalam bahasa Arab (dalam bahasa Turki di zaman Ataturk) 

2) Membuka kembali ribuan masjid-masjid di seluruh negara yang telah ditutup di sepanjang era pemerintahan Atatürk

3) Kerajaan Turki mula membina kembali hubungan dengan negara-negara Arab dan negara-negara Islam

4) Membuat perubahan polisi ekonomi yang memberi keadilan kepada segenap lapisan masyarakat termasuk golongan bawahan

5) Bahkan pernah dalam ucapannya di Parlimen Turki, beliau mengatakan bahawa perundangan Islam boleh dikembalikan sekiranya majoriti ahli-ahi parlimen ingin berbuat demikian.

Polisi beliau yang semakin popular di kalangan masyarakat awam ini juga telah turut disokong oleh Cemal Gürsel, Ketua Turus Angkatan Tentera Turki. Namun polisi ini telah ditentang sekuat-kuatnya oleh golongan sekuar di kalangan para intelek, para mahasiswa dan pemimpin radikal tentera yang pro Kemalist pada ketika itu.

Adnan Menderes digantung


Pada 27hb Mei 1960, satu revolusi tentera yang diterajui oleh 37 pemimpin muda tentera telah menggulingkan kerajaannya dan Adnan Menderes adalah di antara tokoh yang telah ditangkap. Beliau kemudiannya telah dikenakan hukuman gantung di atas dakwaan menentang perundangan sekular Turki yang pro-Kemalist (Mustafa Kamal Atatürk).

Namun begitu, kehebatan dan kemuliaan usaha-usaha Adnan Menderes telah diiktiraf semula 29 tahun selepas beliau digantung. Bersempena dengan aniversari ke 29 tahun beliau digantung, maka pada 17 September 1990 kerajaan baru Turki yang telah dilantik secara demokrasi telah mengubah pendirian Parlimen terhadap Adnan Menderes. Parlimen dengan secara rasminya telah mengiktiraf sumbangan Adnan Menderes secara rasminya.



Adnan Menderes University di Aydin, Turki

Bahkan jasa-jasanya turut dikenang melalui penamaan semula pelbagai institusi seperti Adnan Menderes University di Aydin, Adnan Menderes Airport, Adnan Menderes District, Adnan Menderes Road dan sebagainya.

Hidup biar berjasa, mati biar mulia……