Hukum Menyertai Program Money Drop & who want to be a millionare




Salam semua pembaca,,kali ni mr nk kongsi sedikit ilmu pengetahuan..mesti ramai yang dah tahu..tapi ada segelintir yang masih belum tahu..jadi entry ini untuk menghangatkan kembali apa yang tersimpan dalam diri kita.


1. Kuiz ilmiah yang menjanjikan hadiah perlu dilihat pada beberapa segi;

  • Dari mana sumber hadiah? Jika diambil dari para peserta yang memohon masuk -walau sebahagian dari hadiah yang ditawarkan- (seperti dikenakan ke atas permohonan masuk suatu bayaran tertentu dan bayaran itu dikumpulkan menjadi hadiah untuk peserta yang berjaya masuk dan berjaya menjawab soalan yang dikemukakan), maka itu tergolong dalam perjudian yang diharamkan Syariat. Jika hadiah datang dari pihak lain yang tiada kaitan dengan peserta (seperti dari penaja atau sebagainya), ia tidak menjadi perjudian dan halal bagi peserta yang berjaya dengan syarat syarikat penaja itu menjalankan aktiviti perniagaan yang halal. Jika hadiah ditawarkan oleh syarikat arak, perjudian atau seumpamanya, haram seorang muslim menyertainya kerana akan membawanya menerima wang dari sumber yang haram secara nyata di samping terlibat mempromosi perkara haram di sisi Syariat.
  • Soalan-soalan yang ditanya? Hendaklah soalan-soalan yang ditanya adalah soalan-soalan yang bermanfaat dan tidak mempromosi dosa/maksiat/munkar. Dalam akad Ju’alah (iaitu tawaran hadiah/saguhati yang diikat dengan suatu kerja/peranan) disyaratkan kerja/peranan yang menjadi tukaran kepada hadiah itu hendaklah halal mengikut pandangan Syariat. Oleh kerana hadiah yang ditawarkan merupakan imbalan kepada jawapan bagi soalan yang ditanya, jika jawapan adalah berupa dosa/maksiat, hadiah itu akan menjadi imbalan kepada perkara maksiat, maka tidak harus hadiah tersebut kerana ia menjadi imbalan kepada perkara haram di sisi Syariat.
  • Suasana program itu sendiri hendaklah menepati Syariat Islam; tiada percampuran lelaki dan wanita, tidak bercampur perkara masksiat dan munkar dan tidak bertujuan mempromosi perkara yang haram di sisi Syariat, kerana seorang muslim tidak harus berada dalam majlis yang dimurkai Allah.

2. Khusus bagi program “Who wants to be a milionaire” telah terbit fatwa dan pandangan dari beberapa ulamak mengharamkannya, antaranya;

  1. Syeikh Dr. Nasr Farid Wasil (Mufti Mesir)
  2. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi
  3. Syeikh Abdul Aziz bin Baz (Mufti Arab Saudi) (Lihat; www.islamqa.com, fatwa no. 21078).
  4. Syeikh Dr. ‘Alauddin Za’tari (dalam bukunya Fiqh al-Muamalat al-Maliyah al-Muqaran, hlm. 345).
  5. Syeikh Abdus-Somad Balhaji (dalam bukunya Ahkam al-Musabaqaat, hlm. 225; tesis MA bawah seliaan Syeikh Dr. Muhammad Khair Haikal)
  6. Majlis Fatwa Ulamak-Ulamak Halab, Syria (lihat laman resminya; http://www.eftaa-aleppo.com/, fatwa no. 495).

Sebab pengharaman secara amnya adalah kerana terdapat unsur perjudian di dalamnya.
Walallahu a’lam.

No comments:

Post a Comment

Jangan Lupa Bagi Sedikit Komen( >_< )