Penggodam Derma Guna Kad Kredit


WASHINGTON – Kumpulan penggodam antarabangsa,Anonymous memberi sumbangan kepada beberapa pertubuhan amal menggunakan maklumat kad kredit yang dicuri daripada syarikat keselamatan Stratfor yang berpusat di Amerika Syarikat (AS).
Menurut laporan akhbar Telegraph, seorang daripada penggodam berkata sumbangan itu adalah permulaan bagi serangan serupa yang akan dilakukan sepanjang minggu ini.
“Kami akan menggunakan maklumat kad kredit yang berjaya dikumpul untuk membuat lebih banyak sumbangan sehingga mencecah AS$1 juta (RM3 juta),” menurut penggodam itu melalui akaun Twitter kumpulan tersebut.