ERIK SPRAGUE, 38, yang lebih dikenali sebagai Lelaki Biawak,
menghabiskan kira-kira 700 jam untuk bertatu Tubuhnya ditindik di beberapa
tempat termasuk cuping te1inga dan hidung.
Lelaki yang berasal dari Texas, America Syarikat (AS) itu juga
menanam lima tanduk teflon di bawah kulit kedua-dua belah keningnya demi meniru
rupa biawak.
Empat batang giginya juga diasah menjadi taring tajam manakala
hujung lidahnya dibelah dua.
Kos untuk keseluruhan perubahan yang dilakukan Sprague itu
dianggarkan mencecah AS$250,000 (RM780,000).
Anak sulung daripada dua beradik itu sudah berkahwin bagaimanapun
isterinya, Meghan, tidak menentang pilihannya yang mahu menjadi reptilia.
"Perubahan ini merupakan satu projek berterusan yang saya
mulakan ketika masih belajar pada 1994. Pada waktu itu saya bekerja sambilan
dalam bidang berasaskan seni persembahan. Keluarga saya juga tidak pernah
menentang, malah mereka menyokong saya sepenuhnya
."Saya tidak fikir perubahan akan sampai ke tahap ini tanpa
sokongan mereka," kata Sprague yang masih merancang beberapa perubahan
kekal lain pada tubuhnya.
Tema reptilia menjadi pilihan Sprague kerana dia mendakwa ia sesuai
untuk jangka masa panjang.
"Saya fikir saya perlu memiIih tema yang sesuai untuk
diterapkan pada semua bahagian tubuh. Ia mestilah sesuatu yang saya akan suka
untuk sepanjang hayat," ujar Sprague.
Sehingga hari ini, Sprague amat berpuas hati terhadap tranformasi
yang dialaminya.
"Rekaan tatu ini juga sesuai walaupun apabila saya sudah tua
dan berkedut pada masa akan datang," kata Sprague.
Jelas Sprague, semua individu akan merasai sakit tatkala kulit
dicacah jarum tatu
"Semua orang yang memiliki sistem saraf akan merasa sakit
sebaik jarum menikam kulit mereka.
"Tetapi kesakitan tidak sepatutnya menjadi penghalang. Banyak
perkara yang amat menyakitkan tetapi kita sanggup lalui seperti melahirkan
anak," jelasnya.
Sprague merupakan pelajar cemerlang yang mendapat peIbagai biasiswa
untuk melanjutkan pelajaran.
Graduan dalam bidang falsafah dari Kolej Hartwick di New York itu
bagaimanapun meninggalkan pengajian peringkat kedoktoran demi meneruskan
minatnya dalam seni persembahan.
"Saya harap satu hari nanti kerja-kerja pengubahsuaian ini
akan selesai. Tetapi seperti teknologi yang sentiasa melahirkan idea baru,
tidak mustahil saya akan meneruskannya lagi," dedah Sprague yang membela
lima ekor ferret dan seekor ular hijau di rumahnya
No comments:
Post a Comment
Jangan Lupa Bagi Sedikit Komen( >_< )