Kesan Telefon Bimbit kepada manusia



Pencipta telefon Alaxender Graham Bell dengan salah satu telefonnya yang terawal . Bandingkan saiz telefon dulu dengan sekarang ! Mungkin 10 tahun lagi kita tak pakai handphone tapi wristphone yang diletakkan kat lengan macam jam. Kemudian pakai bluetooth yang kecil kat telinga.




Kesan Radiasi H/Phone Pada Manusia...

Telefon bimbit merupakan kemudahan era moden dalam masyarakat kita. Namun begitu, inovasi canggih ini mengancam kesihatan manusia. Kita terdedah kepada pelbagai bentuk sinaran setiap hari.


Daripada gelombang mikro hinggalah sinar X, kita sentiasa dikelilingi gelombang E.M.F (sinaran elektromagnet). Hampir 2 bilion orang di seluruh dunia (26 juta pengguna di Malaysia) menggunakan telefon bimbit. Kebanyakan di antara mereka ialah kanak-kanak. Penggunaan yang berleluasa ini bermaksud pendedahan terhadap sinaran elektromagnet yang belum pernah berlaku dahulu. Anggaran meletakkan 
pendedahan terhadap sinaran E.M.F adalah 100 kali lebih tinggi daripada beberapa dekad dahulu.