Setelah hampir 7 tahun Rita Rudaini dan Lisdawati bermusuh
kini mereka kembali berdamai selepas mendapat tawaran untuk
berlakon di dalam sebuah drama bersiri .
Lisdawati dan Rita mula bermasam muka pada tahun
2006 ketika melakukan babak tampar menampar dan tarik trambut ketika
melakonkan sebuah drama di kolam renang di Georgetown,
Pulau Pinang.Ianya menjadi kes polis apabila Lisdawati mendakwa
dirinya di cederakan oleh Rita dengan sengajanya.
Rita juga mengatakan bahawa perkara itu sudah lama selesai
dan dia tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan Lisdawati
kerana kedua-duanya bertindak secara profesional dalam bidang mereka.
Syukurlah di tahun baru 2013 mereka telah berdamai, bak kata
orang tak baik kita bermasam muka terlalu lama dan semoga segalanya berjalan
lancar dan baik buat mereka dua.
No comments:
Post a Comment
Jangan Lupa Bagi Sedikit Komen( >_< )