Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti
mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?
Nabi bersabda :
“Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang
telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah
melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang
lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan”
(Shahih
Muslim #3966)
Imam Al-Nawawi rh didalam memberi komentar terhadap hadith
diatas menjelaskan :-
“Meluaskan jarak gigi – maknanya sesuatu yang dilakukan
keatas gigi bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan ini menunjukkan
bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan
tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah
melakukan, Dan ALLAH yang lebih tahu sebaiknya.”
Braces atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulan
kedudukan gigi atau merawat gigi, dan ia bukan dari larangan yang dinyatakan
didalam hadith diatas yang dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah.
Menurut Dr Rafa’at Fawzi Abdul Muttalib, Prof Universiti Dar
al-Ulum, Braces yang membetulkan kerosakan gigi adalah dibenarkan.
Syeikh Faizal al-Moulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah
berkata :
“Braces atau pendakap gigi bagi tujuan KESIHATAN adalah
dibenarkan menurut syara’, bahkan ia juga diperlukan”
Menurut sekumpulan Mufti Islam Online : “As long as the
bracing is done to fix a problem, then it is allowed and there is nothing wrong
with it.”, iaitu selama mana pendakap itu membaiki sesuatu, maka ia dibenarkan.
No comments:
Post a Comment
Jangan Lupa Bagi Sedikit Komen( >_< )