Daripada Abdullah bin Masud, daripada Rasulullah SAW
bersabda yang
bermaksud: Allah melaknat
wanita-wanita yang mencabut bulu kening
atau bulu muka (al-Namisah) atau
meminta orang
lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah),
wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah
ciptaan Allah.
(riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud)
Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang
mencabut bulu-bulu
di muka dengan alat pencabut.
Perkara ini membabitkan satu riwayat tabf
berkaitan dengan
riwayat Imam Al-Tabari,
bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah
Ummul-Mukminin,
puteri Rasulullah saw.Pada waktu itu rupa parasnya sangat
jelita.
Beliau lalu bertanya kepada Aisyah mengenai hukum
seorang
wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya
untuk tujuan menambat
hati suaminya.
Aisyah menjawab: “Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu
sedaya yang kamu mampu.”
Hadis kedua diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan
Abu Daud yang menerangkan
bahawa Rasulullah saw bersabda:”Allah melaknat
wanita-wanita yang mencabut bulu kening
atau bulu muka (al-Namisah) atau
meminta orang lain mencukur
atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah),
wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik.
Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah.
”Mengenai hadis
pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa
jawapan Aisyah kepada wanita itu
membawa erti bahawa wanita boleh bersolek untuk suami,
boleh merawat muka untuk
menghilangkan kejelekan seperti jerawat,
jeragat dan bintik-bintik.
Namun
demikian, beliau tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu di muka,
termasuklah bulu kening untuk membentuk alis mata yang cantik
No comments:
Post a Comment
Jangan Lupa Bagi Sedikit Komen( >_< )