selamat membaca yer sume......
NABI HARAMKAN CABUT BULU DI MUKA UNTUK CANTIK
Daripada Abdullah bin Masud, daripada Rasulullah SAW
bersabda yang
bermaksud: Allah melaknat
wanita-wanita yang mencabut bulu kening
atau bulu muka (al-Namisah) atau
meminta orang
lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah),
wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah
ciptaan Allah.
(riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud)
Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang
mencabut bulu-bulu
di muka dengan alat pencabut.
Perkara ini membabitkan satu riwayat tabf
berkaitan dengan
riwayat Imam Al-Tabari,
bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah
Ummul-Mukminin,
puteri Rasulullah saw.Pada waktu itu rupa parasnya sangat
jelita.
Beliau lalu bertanya kepada Aisyah mengenai hukum
seorang
wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya
untuk tujuan menambat
hati suaminya.
Aisyah menjawab: “Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu
sedaya yang kamu mampu.”
Hadis kedua diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan
Abu Daud yang menerangkan
bahawa Rasulullah saw bersabda:”Allah melaknat
wanita-wanita yang mencabut bulu kening
atau bulu muka (al-Namisah) atau
meminta orang lain mencukur
atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah),
wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik.
Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah.
”Mengenai hadis
pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa
jawapan Aisyah kepada wanita itu
membawa erti bahawa wanita boleh bersolek untuk suami,
boleh merawat muka untuk
menghilangkan kejelekan seperti jerawat,
jeragat dan bintik-bintik.
Namun
demikian, beliau tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu di muka,
termasuklah bulu kening untuk membentuk alis mata yang cantik
HIDUP BIAR BERJASA, MATI BIAR MULIA
Pernahkah anda mendengar nama Adnan
Menderes? Adnan Menderes adalah anak kepada seorang tuan tanah di
Aydin,Turki yang telah dilahirkan pada 1891 di penghujung era Daulah
Uthmaniyah. Beliau adalah seorang graduan di bidang perundangan daripada Law
School of Ankara University.
Dengan bakat kepimpinannya yang
tinggi, beliau telah dibawa masuk ke dalam Republican People’s Party (RPP) oleh
pemimpin utamanya Mustafa Kamal Atatürk pada tahun 1935. RPP yang merupakan
parti kerajaan pemerintah adalah satu-satunya parti yang legal di Turki pada
ketika itu.
Namun begitu Adnan Menderes telah
disingkirkan daripada RPP pada tahun 1945 kerana sikap tegasnya yang menentang
polisi Atatürk. Beliau kemudiannya menubuhkan Democrat Party (DP) bersama
rakan-rakannya setelah Turki memperkenalkan sistem berpolitik yang lebih
terbuka dengan kepelbagaian parti politik yang berdaftar.
Adnan Mendeles, PM Turki 1950-1960
Democrat Party menang pada PRU
terbuka pada tahun 1950 dan Adnan Menderes telah dilantik menjadi PM selama 10
tahun dengan membawa banyak kemajuan kepada Turki. Kesungguhannya untuk
mengembalikan Turki kepada sistem yang lebih Islamik telah dibuktikan apabila
beliau berjaya membawa banyak perubahan yang positif.
Azan kembali dilaungkan dalam bahasa
Arab
Di antaranya ialah:
1) Azan kembali dilaungkan dalam bahasa
Arab (dalam bahasa Turki di zaman Ataturk)
2) Membuka kembali ribuan masjid-masjid
di seluruh negara yang telah ditutup di sepanjang era pemerintahan Atatürk
3) Kerajaan Turki mula membina kembali
hubungan dengan negara-negara Arab dan negara-negara Islam
4) Membuat perubahan polisi ekonomi
yang memberi keadilan kepada segenap lapisan masyarakat termasuk golongan
bawahan
5) Bahkan pernah dalam ucapannya di
Parlimen Turki, beliau mengatakan bahawa perundangan Islam boleh dikembalikan
sekiranya majoriti ahli-ahi parlimen ingin berbuat demikian.
Polisi beliau yang semakin popular
di kalangan masyarakat awam ini juga telah turut disokong oleh Cemal Gürsel,
Ketua Turus Angkatan Tentera Turki. Namun polisi ini telah ditentang
sekuat-kuatnya oleh golongan sekuar di kalangan para intelek, para mahasiswa
dan pemimpin radikal tentera yang pro Kemalist pada ketika itu.
Adnan Menderes digantung
Pada 27hb Mei 1960, satu revolusi
tentera yang diterajui oleh 37 pemimpin muda tentera telah menggulingkan
kerajaannya dan Adnan Menderes adalah di antara tokoh yang telah ditangkap.
Beliau kemudiannya telah dikenakan hukuman gantung di atas dakwaan menentang
perundangan sekular Turki yang pro-Kemalist (Mustafa Kamal Atatürk).
Namun begitu, kehebatan dan
kemuliaan usaha-usaha Adnan Menderes telah diiktiraf semula 29 tahun selepas
beliau digantung. Bersempena dengan aniversari ke 29 tahun beliau digantung,
maka pada 17 September 1990 kerajaan baru Turki yang telah dilantik secara
demokrasi telah mengubah pendirian Parlimen terhadap Adnan Menderes. Parlimen
dengan secara rasminya telah mengiktiraf sumbangan Adnan Menderes secara
rasminya.
Adnan Menderes University di Aydin,
Turki
Bahkan jasa-jasanya turut dikenang
melalui penamaan semula pelbagai institusi seperti Adnan Menderes University di
Aydin, Adnan Menderes Airport, Adnan Menderes District, Adnan Menderes Road dan
sebagainya.
Hidup biar berjasa, mati biar
mulia……
Subscribe to:
Posts (Atom)