Pencipta telefon Alaxender Graham Bell dengan salah satu
telefonnya yang terawal . Bandingkan saiz telefon dulu dengan sekarang !
Mungkin 10 tahun lagi kita tak pakai handphone tapi wristphone yang diletakkan
kat lengan macam jam. Kemudian pakai bluetooth yang kecil kat telinga.
Kesan Radiasi H/Phone Pada
Manusia...

Telefon bimbit
merupakan kemudahan era moden dalam masyarakat kita. Namun begitu, inovasi
canggih ini mengancam kesihatan manusia. Kita terdedah kepada pelbagai bentuk
sinaran setiap hari.
Daripada gelombang mikro hinggalah sinar X, kita sentiasa dikelilingi gelombang
E.M.F (sinaran elektromagnet). Hampir 2 bilion orang di seluruh dunia (26 juta
pengguna di Malaysia) menggunakan telefon bimbit. Kebanyakan di antara mereka
ialah kanak-kanak. Penggunaan yang berleluasa ini bermaksud pendedahan terhadap
sinaran elektromagnet yang belum pernah berlaku dahulu. Anggaran meletakkan
pendedahan terhadap sinaran E.M.F adalah 100 kali lebih tinggi daripada
beberapa dekad dahulu.